Wednesday, December 10, 2008

Takdir itu untukku~~

Mutiara jernih berguguran.
Kupanjatkan doa kudus dalam sedan.
Takbir yang bergema menggetar sanubari,
menghiris nurani,
menginsafi diri.
Kukira Tuhan mahu aku sedar.
Kukira Tuhan mahu aku bangun.
Aku telah hanyut.
Dalam hasutan bodoh para musuh-Nya.


Purnama mengambang indah.
Kukira segala bintang yang bertaburan di dada langit.
Tidak terbilang.
Begitu juga rahmat dan redha-Nya.
Tidak akan mampu kuhitung.
Apakah aku sanggup membayangkan bilangan dosaku pula?
Aku kaku.


Aku telah tewas.
Dengan sekecil musibah.
Dengan sekelibat masalah.
Dengan seuntai kemajalan pesongan akidah.
Aku mengalah.
Aku rebah.
Gelisah.
Keluh-kesah.


Siapa aku di sisi-Nya?
Siapa?
Layakkah aku menyalahkan takdir terindah ciptaan-Nya?
Wajarkah?!


Aku pelasuh mainan waktu.
Aku intai harapan dalam teleku.
Aku bina impian di atas debu.
Goblokkah aku?
Merengkah akalku?


Lalu aku rodok diri yang sendu.
Aku bangun menghayun laju.
Kerna sememangnya aku sedar.
Takdir itu tercipta untukku!

2 comments:

Izyan de' Nerd said...

Very nice!

Btw, is my malay horribly rotten or are some of those words you use not malay? (indon perhaps?)

Kamus Dewan.. mana kamu? [yikes~]

munirah sulaiman said...

err..

I think you can find those words in Malay dict~~

Some words might be pinjaman dari seberang, I think, hehe ;P